Hebahan: Debat MUSLEH ‘09
Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd (MUSLEH) akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009 (MUSLEH International Students Debating Championship 2009) pada 9hb-12hb Julai 2009 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kejohanan empat hari ini akan dianjurkan bersama dengan Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE). Kejohanan ini bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan. Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna.
InsyaAllah di masa akan datang, kita doakan agar mereka menjadi barisan pimpinan negara yang beriman, berilmu, berkemampuan dan berakhlak tinggi; mencontohi qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabah ra. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau. Dua puluh buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura dan Indonesia akan berdebat atas tema-tema yang meliputi politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.
Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan- pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Sila layari blog kejohanan di http://debatmusleh. blogspot. com/ untuk maklumat terkini. Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran semua bagi menyaksikan program yang amat bermakna ini. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi setiausaha kejohanan, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail (0132758565) atau Encik Md Sidin Mardan (0103171474) atau emel mmmusleh@streamyx. com
Aktivisme Wanita Era Nubuwwah
Wanita Islam selalu menjadi mangsa prejudis dan pandangan negatif pelbagai pihak termasuk daripada kalangan umat Islam sendiri yang tidak mengerti ajaran Islam yang sebenar. Terbaharu, tuduhan Presiden Perancis seperti yang dilaporkan dalam news.yahoo.com berbunyi: PARIS – President Nicolas Sarkozy declared Monday that the Islamic burqa is not welcome in France, branding the face-covering, body-length gown as a symbol of subservience that suppresses women’s identities and turns them into “prisoners behind a screen.”
Yang pasti, segala tuduhan itu tidak benar sama sekali. Islam tidak pernah meminggirkan wanita. Dan wanita Islam tidak pernah terpinggir dalam melaksanakan tanggungjawab menyebarkan agama dan membangunkan ummah. Penglibatan wanita, khususnya pada zaman nubuwwah meliputi berbagai-bagai bidang di semua sektor. Mendahului senarai wanita paling tertonjol dalam sejarah Islam, tidak lain dan tidak bukan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Teguh peribadinya, matang fikirannya serta bijaksana tindakannya. Terlalu besar jasa dan sumbangannya terhadap kemunculan Islam sehingga Nabi s.a.w. tidak dapat melupakannya.
Aisyah r.a. dengan terus terang menceritakan: “Saya tidak pernah cemburukan seseorang seperti saya cemburukan Khadijah meskipun saya tidak pernah melihatnya. Apa yang menyebabkan saya amat mencemburuinya ialah sikap Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah lekang menyebut namanya. Seandainya baginda menyembelih kambing, baginda akan memotong sebahgiannya kemudian mengirimkannya kepada saudara mara serta kawan-kawan Khadijah. Pernah saya merungut di hadapan baginda: ‘Seolah-olah tiada orang lain di dunia ini selain Khadijah.’” (Al-Bukhari dan Muslim) [..baca sepenuhnya]
Hebahan: ‘Talk Show Muslimat’
-
Aturcara Program :
Anjuran Masjid Al-Muhtadin & ISMA PJ dengan kerjasama KRT Apartmen Impian pada 27-28hb Jun 2009 di Medan Letak Kereta Apt Impian, Damansara Damai.
-
27hb. (Sabtu)
08.00 am Ketibaan/Persiapan
08.45 am Pembukaan Karnival
09.00 am Talk Show – “Bahagia Itu Di Hati”
11.30 am Taklimat dari PPIM
12.30 pm Rehat/Solat
02.00 pm Pertandingan Nasyid Tadika
05.15 pm Pertandingan Sukan Rakyat
09.00 pm Forum Bicara al-Deen – “Bina Sahsiah Ummah, Pupuk Kesatuan Ukhuwah”
11.00 pm Bersurai
-
28hb. (Ahad)
09.00 am Acara Kanak-Kanak - warna/ hafaz/ ejaan jawi/ kuiz sirah/ syair & azan
10.00 am Acara Muslimat– gubahan/ baca berita/ kuiz fiqh wanita
10.30 am Treasure Hunt
11.00 am i-Remaja
12.00 am Persembahan Juara Akademi Nasyid
12.30 pm Rehat/Solat
02.00 pm Dialog - YB Sivarasa (MP Subang)
03.00 pm Upacara penutup
Aktiviti Sokongan
-
Derma darah dan saringan kesihatan - Ahad (9:00-2:00 ptg)
-
Demonstrasi memadam kebakaran & menyelamat - BOMBA Sg. Buloh
-
Jualan produk dan pakaian Muslim, gerai makanan dan minuman, ruang pameran, kaunter takaful, jualan kereta dan CABUTAN BERTUAH akan diadakan sepanjang karnival.
Baiki Uslub Dakwahmu Ya Daie
Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota gerakan Islam mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai ‘uslub dakwah’ atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya. Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.
Menurut golongan para pendakwah, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah. Antara lain taat kepada pemimpin, jaga kerahsiaan, perkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti beri perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, budayakan pembacaan al-Quran, pastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, wajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, jaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, tepati janji dan tidak merokok. Pada masa yang sama juga, pendakwah meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah: (1) Berhikmah (2) Nasihat yang baik (3) Berbahas dengan cara yang baik..[Baca sepenuhnya]
Oleh Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria - http://abuamru1208.blogspot.com/
Hebahan: Futsal Piala Dr.T’09
Insya Allah, pertandingan Futsal Piala Dr.T ‘09 anjuran ISMAPJ pada tahun ini akan diadakan pada 18 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di SAMBA De FUTSAL, Lot 13 Jalan 225, Seksyen 51 Petaling Jaya. Pertandingan kali ini mensasarkan sebanyak 40 pasukan akan beradu kekuatan merebut Piala Dr.T dalam tiga kategori: Terbuka (16 pasukan), Remaja (16 pasukan) dan Senior (8 pasukan). Pasukan yang mendaftar awal akan diutamakan. Pihak penganjur meminta mereka yang terlibat dengan pasukan-pasukan yang berkenaan di harap dapat bertindak awal memastikan pasukan anda tersenarai. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Saudara Osman Rasib 019-3829753 dan Mohd Syahmi 013-6294643.
Pada tahun 2008, laporan penuh keputusan Futsal Piala Dr.T’08 adalah seperti berikut:
Kategori Terbuka - Johan: ISMA PJ, Naib Johan: Gombak, Ketiga: IT IS Groups. Pemain Terbaik perlawanan akhir: Fakrurazi ( ISMA PJ) dan Penjaring Terbanyak: Nizam (ISMA PJ-11 gol)
Kategori Senior - Johan: Baiduri, Naib Johan: Al Rayyan 2, Ketiga: An Nur. Pemain terbaik perlawanan akhir: Penjaring Terbanyak; Safawi (An Nur-6 gol)
Kategori Remaja - Johan: Kota Damansara, Naib Johan: Bangi, Ketiga: Mutiara Damansara. Pemain terbaik perlawanan akhir: Adam (Kota Damansara) dan Penjaring terbanyak: Alif (Bangi-6 gol).
An-Naksah 42 Tahun Al-Aqsa
Hari ini, sudah 42 tahun rejim Zionis menduduki Baitulmaqddis dan masjid Al-Aqsa. Meskipun Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 242 yang memutuskan Israel mesti berundur semula ke garis hijau (green line) iaitu sempadan negara Palestin yang mereka ambil alih pada tahun 1948, namun Israel tetap berdegil dan sehingga hari ini masih lagi menduduki Tebing Barat dan mengenakan kepungan ke atas Gaza. Perjuangan membebaskan bumi Palestin khususnya masjid Al-Aqsa bukan terletak dibahu rakyat Palestin saja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam, bahkan seluruh masyarakat antarabangsa yang cinta kepada kedamaian dan keamanan. Umat Islam khususnya diperingatkan bahawa Masjid Al-aqsa adalah kiblat pertama, tanah suci yang ketiga dan merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj. Oleh itu perjuangan pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al Aqsa harus menjadi agenda utama dan terpenting dalam kehidupan umat Islam.

Walaupun serangan Israel ke atas Gaza (operasi ketenteraan yang dinamakan oleh rejim Zionis dengan kod nama Operasi Cast Lead) selama 22 hari bermula 27 Disember 2008 telah berakhir, ini tidak bermakna tanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin telah selesai. Rakyat Gaza terus menderita akibat kepungan Zionis yang direstui oleh sekutu-sekutu utamanya khususnya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Bahkan Negara-negara Arab khususnya Mesir masih mengambil sikap menyebelahi kepentingan entiti Zionis dengan menutup satu-satunya pintu laluan ke Gaza dari negara Mesir iaitu di Rafah. Dalam keadaan terkepung dan menderita kemusnahan akibat serangan biadap Israel, rakyat Palestin di Gaza terus terabai dan dilupakan. Di samping itu rakyat Palestin di Tebing Barat terus ditindas dengan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah pembinaan tembok pemisah di sepanjang sempandang Tebing Barat yang menyukarkan pergerakan rakyat Palestin. [Baca sepenuhnya]
Hebahan: Karnival Sinar Islam ‘09
Insya Allah, ISMAPJ akan bekerjasama dengan Masjid al-Muhtadin Damansara Damai dan IluvIslam.com akan menganjurkan satu program masyarakat ‘Karnival Sinar Islam ‘09’ yang melibatkan semua segmen masyarakat – wanita, keluarga, kanak-kanak, remaja. Program ini akan diadakan pada 27-28 Jun 2009 bertempat di tapak letak kereta Apartment Impian, Damansara Damai. Ia merupakan lanjutan program Karnival Wanita ISMAPJ’08 yang dilaksanakan di Masjid Hj Kamaruddin (MHK) dan Sekolah Agama KAFA Integrasi Izzatul Islamiah, Seksyen 51A, Petaling Jaya pada tahun 2008 yang lalu. Manakala program kali ini pula adalah yang kedua selepas program Jom Sunathon pada November 2008 lalu.
Pelbagai acara menarik telah dirancang bersama-sama AJK Masjid al-Muhtadin, yang antaranya ialah: (1)Pertandingan melukis/mewarna/nasyid kanak-kanak (2)Pertandingan azan sekolah rendah (3)Acara wanita (4)Kuiz am pelajar sekolah menengah (5)Pertandingan sukan rakyat (6)Forum Bicara ad-Deen (bersama IKIM.FM) (7)Treasury-hunt (8)Persembahan nasyid artis.
Mudah-mudahan program ini akan lebih memasyarakatkan ISMAPJ, khususnya ahli wanitanya dalam melaksanakan amal-amal Islami dalam kerja-kerja sosial di samping memantapkan kerjasama strategik dengan semua lapisan penduduk Damansara Damai, IluvIslam.com, IKIM.FM, pihak berwajib dan semua yang terlibat. Moga Allah swt beri kemudahan dan kesejahteraan sepanjang program ini dijalankan nanti. Maklumat lanjut sila berhubung Dr Normah 019-2189017 dan Ustaz Abdullah Samsudin 013-2046400..
Update: Blog Wanita ISMAPJ
Ibu Miskin, Lembu Tua & Gaza
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya. [Baca sepenuhnya]
Anak Soleh Idaman
Sesungguhnya anak merupakan anugerah dari Allah yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah. [Baca sepenuhnya]
Bukan Sekadar ‘Saya Sayang Kamu”
Tunjukkan kasih sayang kepada anak kita dengan mengajarnya untuk berasa lebih selamat, dihargai dan penting di dalam keluarga. Bagaimanakah kita menunjukkan kasih sayang kepada anak kita? Adakah dengan pelukan mesra setiap kali dia bangun dari tidur di pagi hari? Ataupun dengan ribuan kata “ Saya sayang kamu?” [Baca sepenuhnya]
Unsur Tetap Manhaj Al-Banna
Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib

Sesungguhnya mereka yang beranggapan bahawa kemahuan mereka dapat dicapai dengan meniru segala yang datang dari barat, sebenarnya tertipu. Masyarakat Islam tidak akan terbentuk dan tidak akan mampu berdikari melalui kemajuan kebendaan semata-mata. Manhaj Allah mesti dilaksanakan, keimanan dan akhlak mesti dipertegaskan. Peperangan 10 Ramadan berlaku antara tentera Mesir dan Israel pada 6 Oktober 1971. Akhirnya Mesir berjaya membebaskan kembali tanah miliknya, Semenanjung Sinai yang telah ditawan oleh tentera Israel). Kemenangan pada hari itu tidak dicapai melainkan kerana faktor iman yang merupakan pendorong dan penggerak, bahkan iman adalah kehidupan. Inilah sebenarnya pertarungan yang berlaku sekarang. Semenjak serangan Perancis dan penjajahan barat di bumi umat Islam, kemahuan mereka hanyalah satu iaitu menjauhkan umat Islam daripada risalah mereka, memisahkan agama daripada kehidupan mereka dan membuang kefahaman Islam yang sahih daripada tasawur mereka.

Kini harakah Islam berusaha untuk membawa umat Islam kembali kepada kefahaman Islam yang sahih, pembetulan hala tuju dan penegakan manhaj Allah. Ia menggariskan unsur-unsur yang tetap dan unsur-unsur yang berubah sehingga Islam kembali sebagai manhaj kehidupan dan sistem masyarakat. Harakah Islam telah melahirkan generasi teras yang beriman dalam usaha membina kembali masyarakat Islam yang gemilang. Sesungguhnya hakikat pandangan barat terhadap Islam dan hubungan antara Islam dan barat perlu jelas di fikiran. Begitu juga pandangan barat terhadap unsur-unsur tetap dan bagaimana Islam menangani kedua-dua unsur tersebut, di samping usaha harakah untuk mewujudkan semula kehidupan Islam di atas asas yang sahih dan sejahtera. [Baca sepenuhnya]
Artikel lain
KONWANIS 2009
Shah Alam, 1-2 Mei 2009 – Konvensyen Nasional Wanita Islam 2009 (KONWANIS) buat kali yang ke-3 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berlansung dengan jayanya di Intekma Resort & Convention Centre dengan temanya ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’. Konvensyen ini telah diadakan selama 2 hari satu malam dengan jumlah penyertaan yang menjangkau 400 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia , kaum wanita yang berbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan , juga para mahasisiwi Intitusi Pengajian Tinggi
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Noraini bt Mat Top yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyeru para wanita masa kini agar mencontohi sifat Ummu Sulaim yang tabah dan yakin dalam menghadapi pelbagai dugaan serta cabaran dalam kehidupan ini. Sebelum itu Ketua Wanita Isma Pusat Ustazah Norsaleha Mohd.Salleh telah memberikan ucap tamanya yang amat memberangsangkan para peserta. Beliau menyuntik semangat para hadirin untuk menjalani kehidupan yang berbagai aspek aktiviti ini dengan lebih tersusun dan iltizam yang tinggi di samping menekankan bahawa kesejahteraan dalam keluarga mampu membangunkan potensi ahlinya.
Di akhirnya beliau telah memetik kata-kata Al Kindi sebagai renungan semua , bunyinya lebih kurang ” sebahagian masaalah kita boleh diselesaikan apabila kita ada keinginan yang kuat untuk keluar.” [Baca sepenuhnya]
Jihad Madinah ke Pulau Cyprus

Ummu Haram meninggal dunia pada tahun 27 Hijrah. Kubur beliau masih lagi terdapat dipinggir pantai Cyprus dan dikunjungi oleh umat Islam sehingga kini. Pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah. Semoga Allah swt memberi taufiq dan hidayahNya kepada wanita-wanita Islam zaman ini untuk mencontohi Ummu Haram radiyallahu anha dalam meletakkan Kalimah Allah yang tertinggi [....Baca sepenuhnya]
Dari kisah di atas, sifat-sifat beliau yang menonjol ialah :
1-Menjadi isteri kepada lelaki berilmu - Ubadah bin Samit ra, diantara perawi hadis yang masyhur.
2-Cinta dan amalinya terhadap Jihad dengan menyertai Perang Badar dan Uhud.
3-Memuliakan Rasulullah saw lalu dia dimuliakan oleh Rasulullah saw dengan sering menziarahinya di rumahnya. Beliau contoh ulung dalam menghormati tetamu dan Pesuruh Allah.
4-Bersegera dan bercita-cita dalam melakukan apa sahaja yang menuju kepada memenangkan Islam, memimpin dan membimbing dunia ini. Sebaik mendengar kata-kata Rasulullah saw tentang Jihad dan para mujahideen, beliau terus meminta Rasulullah saw doakan untuknya agar dia menjadi salah seorang dari mereka.
5-Sanggup berjihad di seberang laut, walau menaiki kapal laut, demi capai cita-cita Jihadnya.
6-Beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya untuk pergi ke tempat asing lagi milik empayar Eropah, demi sebarkan Dakwah Islam ke dunia dan benua baru. Akhirnya beliau terus disimpan di sana dan tidak kembali ke kampung halamannya di tanah Arab.
7-Beliau berani menentang musuh-musuh Allah biar apa sahaj kekuatan mereka. Bukan sahaja berani menentang Quraisy dalam Perang badar dan uhud, malah menentang NATO/Rom di Cyprus, Eropah.
“Dan As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang terdahulu memeluk Islam) dari (kalangan) Al-Muhajireen dan Al-Ansar, dan orang-orang yang mengikut (jejak langkah) mereka dengan ihsan (baik dan sempurna), Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah janji kepada mereka Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat” (At-Taubah:100).
Oleh Ustaz Halim - www.inijalanku.wordpress.com
XPDC Aulad PJ-Muar ‘09
Muar, 25 April 2009: Alhamdulillah, program Aulad - XPDC PJ-Muar ‘09 - anjuran Afaq Consulting telah dilaksanakan dengan jayanya dengan melibatkan seramai lebih 40 orang anak-anak ahli ISMAPJ & JIMPJ yang berumur antara 9-12 tahun (termasuk 10 anak-anak 13 tahun). Pelbagai aktiviti menarik yang dirancang (dalam hebahan sebelum ini) telah diadakan bagi mencapai matlamat program jaulah atau XPDC ini. Tempat yang dilawati ialah Ladang Ternakan Kambing Boey & Tanaman Cendawan, Tiram, Kg Tengah, Sg Terap; Pejabat Pertanian Sg Sudah, Muar dan juga Bukit Mor. Maklumat lanjut akan menyusul selepas ini. Moga-moga Allah swt memberkati perjalanan mereka dan menjadi di kalangan mereka pemimpin ummah dan aktivis dakwah soleh di masa hadapan. [ Koleksi foto program.. ]

Al-Quds Menyeru, Al-Aqsa Memanggil
Syeikh Muhammad Mahdi Akif
Hakikatnya, kita miliki kewajiban yang besar dihadapan situasi ini:
1-Meningkatkan kembali himmah di hadapan para penguasa dan orang-orang yang lemah untuk mengubah jiwa kita dan jiwa-jiwa yang ada di sekeliling kita hingga Allah mengubah keadaan dan lingkungan, ingatlah firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d:11)
2-Kuatkanlah hubungan kita kepada Allah dengan ikatan iman yang kuat dan kukuh, bersandar pada kekuatan-Nya sehingga dapat menghilangkan kelemahan kita, dan dari keperkasaan dan kemuliaan-Nya sehingga dapat menghilangkan kehinaan kita, dari kekayaan-Nya sehingga dapat merubah keadaan miskin Kita, dan dari kehendak-Nya sehingga dapat memperkukuh azimah dan mengalahkan segala kelemahan dan kekerdilan kita.
3-Memperhatikan keadaan dan permasalahan yang sedang terjadi dan dihadapi oleh Palestina, mengikuti berita akan perkembangan Al-Quds dan Al-Aqsa dari berbagai sudut; sejarah, politik dan ekonomi, geografi dan demografi, pertentangan dan strategi; sehingga dapat memiliki keupayaan untuk memindahkan kesedaran tentang Al-Quds kepada orang yang ada di sekitar kita, dan menjawab segala pertanyaan serta menghilangkan berbagai syubhat.
4-Mendukung dan menyokong jihad bangsa Palestina dan keteguhan faksi-faksi perjuangan dan perlawanan dengan berbagai bentuk dokungan dan bantuan, dan terus menerus melakukan itu semua, serta mewariskannya kepada semua orang setelah kita dan orang yang ada di sekitar kita, kerana permasalahan ini telah berjalan selama 100 tahun, Al-Aqsa dan Al-Quds telah berada dalam tawanan selama 43 tahun, dan tidak akan ada yang mampu membebaskannya kecuali kita wahai pembaca yang mulia…[Baca sepenuhnya]
Dari Abu Umamah berkata: Rasulullah saw bersabda: satu kelompok dari umatku akan terus berada dalam agama, tegas dihadapan musuh dan tidak gentar terhadap orang memusuhi mereka kecuali apa yang menimpa mereka dari liawa’; sehingga datang keputusan Allah (ajal) sementara mereka dalam keadaan seperti itu”, mereka berkata: “Wahai Rasulullah dimanakah mereka berada: “Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”.
Kembara Dakwah Tmn Negara’09
Taman Negara, 18 April 2009: Alhamdulillah, sekali lagi dipanjat syukur ke hadrat Allah swt yang memberi kemudahan dan keselamatan dalam menjaya jaulah tarbawiyy PJ-Phg’09 anjuran Afaq Consulting. Kali ini kembara bersama lebih 40 peserta ke destinisi baru iaitu Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Peserta berkumpul sebelah malam hari Jumaat 17 April 2009 di Masjid Menjalara dan bertolak jam 3.30 pagi untuk bersolat subuh di Jerantut. Bersarapan pagi di rumah Cikgu Anuar & sedikit tazkirah daripada beliau, sebelum ke Kuala Tahan.
Di Kuala Tahan, peserta ditaklimat & diagih chalet untuk berihat sebentar. Selepas makan tengahari & solat jamak, kami menaiki 4 bot mengharungi sungai deras menghala ke perkampungan orang asli. Di sana diberi penerangan budaya hidup orang asli Batek, petunjukan praktikal menyala api secara tradisional, menyumpit & cara buat damak dan ziarahi rumah mereka. Kemudian mandi manda di Abai Stream sebelum kembali ke tapak penginapan sekitar jam 5 petang.
Malamnya selepas solat, tazkirah ‘Kepentingan tazkiyahtun nafs dalam dakwah’ oleh Hj Fariz Fathullah dan disusuli sesi clip ‘ar ruhul jadid’, ‘sang murabbi’ dan beberapa clip yang rangsang hati dan jiwa. Kemudian nikmati BBQ, tidur & bangun qiam jamae. Subuhnya, tazkirah ‘Ahli ibadah yang bermain-main’ oleh Ustaz Abdullah Samsudin. Hari Ahad lebih cabaran fizikal, awal pagi lagi, bergerak ke Tmn Negara dengan penerangan menarik tumbuhan sepanjang jalanan, aktiviti Canopy Walkway atas pokok di ketinggian ‘6-8 tingkat bangunan’ sejauh 0.5km. Kemudian ber’Jungle Trekking’ ke puncak Bukit Teresek sejauh 1.5km. Balik ke Kuala Tahan sekitar 2 petang untuk makan & solat. Program berakhir dengan sesi muhasabah & penutup sebelum kembali ke Petaling Jaya. Moga Allah swt memantapkan ukhuwah fillah dan himmah ‘aliah dalam diri kami bagi meneruskan kerja-kerja dakwah dan amal Islami…
Foto & Clip program [Koleksi1][Koleksi2][Rage in Kuala Tahan]
Hebahan : Kembara Dakwah Belia’09